|
OBJEKTIF PENJENAMAAN SEMULA |
PRINSIP PELAKSANAAN EKSA
Imej korporat
Merujuk kepada identiti atau persepsi pelanggan/pihak berkepentingan
terhadap persekitaran seperti Putrajaya Holding (PJH), tindakan dan
pencapaian setiap zon. Keselamatan persekitaran perlu diberi keutamaan.
Contoh kawasan yang memerlukan penampilan imej korporat ialah:
i. Kaunter;
ii. Susun atur perabot; dan
iii. Ruang guna sama.
Kreativiti dan Inovasi
Dalam usaha mempertingkatkan produktiviti di tempat kerja Warga IPKKM
digalakkan membudayakan elemen kreativiti dan Inovasi semasa
melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Warga IPKKM
digalakkan untuk sentiasa berfikir di luar kotak (out of the box) untuk
menghasilkan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat. Contoh
perkara yang menampak kreativiti dan Inovasi ialah:
i. Tempat simpanan alat tulis;
ii. Pelabelan; dan
iii. Memendekkan proses kerja.
Amalan Hijau
Aspek amalan hijau ditekankan di tempat kerja dan membuat analisa
penjimatan kepada amalan penjimatan yang dilaksanakan. Contoh
amalan ialah:
i. Kitar semula;
ii. Peringatan penjimatan;
iii. Penjimatan elektrik; dan
iv. Penjimatan kertas.
Persekitaran Kondusif
Penekanan diberikan kepada penyampaian perkhidmatan, mesrapelanggan dan memberi keselesaan semasa berurusan. Contoh aktiviti ini ialah:
i. Kemudahan pekerja OKU;ii. Ruang kerja yang kemas; daniii. Ruang menunggu.
Kepelbagaian Agensi
Penilaian dalam auditan adalah merangkumi aspek generik dan khusus
kerana mengambil kira kepelbagaian premis dan mengikut jenis
perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one size fits all semasa dalam
amalan 5S kurang mencakupi keperluan kepelbagaian agensi.