KREATIVITI DAN INOVASI


KREATIVITI DAN INOVASI



1)MEMBUAT KOTAK KITAR SEMULA.
  

Akiviti membuat penambahbaikan pada kotak kitar semula bagi memperkemaskan lagi dan mengukuhkan struktur komponen supaya lebih tahan lama dan tidak mudah rosak. Ianya dilakukan oleh anggota Klinik Satu Malaysia Seri Iskandar menggunakan kayu palet yang tidak digunakan lagi bagi memenuhi keperluan kondusif  yang menepati ciri-ciri yang terdapat dalam EKSA.





@21/3/2018





2) SUDUT INFO KESIHATAN

POSTER


Poster kesihatan diwujudkan bagi memberi penerangan tentang kebaikan dan keburukan dalam penjagaan kesihatan. Ianya telah dibuat menggunakan bahan-bahan yang terpakai dan digubah sendiri oleh anggota klinik bagi menyerlahkan lagi daya kreativiti dan inovatif sesuai dengan konsep yang diterapkan. 






TEMPAT LETAK RISALAH

Tempat meletak risalah digubah bagi memudahkan pesakit untuk mendapatkan infomasi berkaitan masalah dan kesihatan. Ianya digubah menggunakan kotak yang terpakai.






3)TEMPAT SIMPANAN GAUZE,SWAB DAN       GAMGEE



Kotak penyimpanan untuk swab, gauze dan gamgee yang telah dimasak digubah dari kotak terpakai dan telah dipotong kemas dan dibalut mengikut kreativiti. Ia bukan sahaja menyerlahkan inovasi tapi ia juga memudahkan dalam proses penyimpanan dan menjimatkan wang.



No comments:

Post a Comment