Thursday, January 18, 2018

PENGENALAN EKSA
























Dasar EKSA

Amalan EKSA menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kerja, perkhidmatan dan produktiviti melalui persekitaran kerja yang mesra, bersih, sihat, kondusif dan selamat.


Objektif EKSA
 Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas dan selesa pada setiap masa.
  •  Membantu meningkatkan disiplin diri, kreativiti dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga IPKKM.
  •   Membantu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.
  •  Mewujudkan budaya kerja yang ceria dan efektif.





OBJEKTIF PENJENAMAAN SEMULA 








PRINSIP PELAKSANAAN EKSA



Imej korporat


Merujuk kepada identiti atau persepsi pelanggan/pihak berkepentingan
terhadap persekitaran seperti Putrajaya Holding (PJH), tindakan dan
pencapaian setiap zon. Keselamatan persekitaran perlu diberi keutamaan.
Contoh kawasan yang memerlukan penampilan imej korporat ialah:
i. Kaunter;
ii. Susun atur perabot; dan
iii. Ruang guna sama.



Kreativiti dan Inovasi


Dalam usaha mempertingkatkan produktiviti di tempat kerja Warga IPKKM
digalakkan membudayakan elemen kreativiti dan Inovasi semasa
melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Warga IPKKM
digalakkan untuk sentiasa berfikir di luar kotak (out of the box) untuk
menghasilkan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat. Contoh
perkara yang menampak kreativiti dan Inovasi ialah:
i. Tempat simpanan alat tulis;
ii. Pelabelan; dan
iii. Memendekkan proses kerja.




Amalan Hijau


Aspek amalan hijau ditekankan di tempat kerja dan membuat analisa
penjimatan kepada amalan penjimatan yang dilaksanakan. Contoh
amalan ialah:
i. Kitar semula;
ii. Peringatan penjimatan;
iii. Penjimatan elektrik; dan
iv. Penjimatan kertas.




Persekitaran Kondusif

Penekanan diberikan kepada penyampaian perkhidmatan, mesrapelanggan dan memberi keselesaan semasa berurusan. Contoh aktiviti ini  ialah:

i. Kemudahan pekerja OKU;ii. Ruang kerja yang kemas; daniii. Ruang menunggu.



Kepelbagaian Agensi

Penilaian dalam auditan adalah merangkumi aspek generik dan khusus

kerana mengambil kira kepelbagaian premis dan mengikut jenis

perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one size fits all semasa dalam

amalan 5S kurang mencakupi keperluan kepelbagaian agensi.